
Di negara kita ada satu entiti yang diberikan kuasa serta peranan untuk menyiasat kewujudan ‘kartel’ iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
MyCC ni di bawah KPDN, bukannya bawah KPKM.

Sebab itulah DS Mohamad Sabu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan ‘kartel beras’.
Bidang kuasa DS Mohamad Sabu adalah berpandukan kepada Akta 522 (Kawalselia Padi Beras). Beliau hanya boleh mengulas atau memberikan pandangan dalam ruang lingkup Akta 522 ini sahaja.
Harap jawapan ini dapat menerangkan konsep ‘separation of power’ dan ‘punca kuasa’ dalam pentadbiran Kementerian.
Dari siasatan KPKM, isu pencampuran beras mula diperkatakan apabila struktur harga dalam rantaian pengeluaran beras tidak lagi seimbang antara pesawah, pengilang, pemborong dan peruncit.
Apabila India mengenakan sekatan terhadap eksport beras, harga beras dunia telah melonjak naik. Ini adalah asas konsep penawaran dan permintaan dalam ekonomi. Penawaran menurun, permintaan naik maka harga akan naik.
Keadaan ini telah menyebabkan pengilang beras mula bersaing membeli padi tempatan sehingga harga belian padi naik sehingga RM2000 per tan. Keadaan ini menguntungkan pesawah kita tetapi dalam masa yang sama meningkatkan kos pengeluaran BPT.
Adalah tidak adil jika kita nak biarkan pesawah terus dipaksa menjual padi dengan harga yang rendah. Keadaan akan jadi lebih buruk jika pesawah tidak lagi berminat nak menanam padi. Sudahlah sejak 30 tahun ini, SSR beras kita terus menurun setiap tahun. Sampai bila kita nak bergantung pada beras import?
Bila harga belian padi tempatan telah mencecah purata RM1800 per tan, harga BPT akan jadi sekitar RM38 per 10kg.

Oleh kerana harga BPT masih dikawal pada harga RM26 per 10kg, maka berlakulah aktiviti BPT dicampurkan dengan BPI dan dijual dalam kampit BPI pada harga RM38 per kampit 10kg.
Bila kita semak dalam Akta 522 untuk mengambil tindakan, tiada peruntukan yang jelas tentang larangan pencampuran beras. Rupa-rupanya pencampuran beras ini sudah jadi amalan sejak tahun 70an lagi dan disahkan oleh kajian umum MyCC.
Maka, apakah kita nak membenarkan atau melarang pencampuran beras?
Jika nak melarang atau membenarkan, perlu ada kaedah untuk mengenalpasti jenis beras yang ada dalam kampit beras yang dijual. Sebab itulah DS Mohamad Sabu mengarahkan MARDI membangunkan teknologi untuk mengenalpasti jenis beras supaya aktiviti penguatkuasaan dapat diperkemaskan.

Bila MARDI keluarkan hasil kajian mereka, rakyat Malaysia patut gembira kerana sudah ada teknologi untuk mengenalpasti jenis beras yang dijual di negara ini. Teknologi ini sangat penting untuk memandu kita dalam mengkaji Akta 522 supaya dapat diperkemaskan pada masa hadapan
Setiausaha Akhbar Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan