SelangorToday

MENGAPA TAK DIPANGGIL MP KUALA KANGSAR BERI PENJELASAN? GOBIND BIDAS PN

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perikatan Nasional baru-baru ini selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar,  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengumumkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Sebagai respon tindakan tersebut, PN mendakwa ahli Parlimen BERSATU itu ditekankan oleh pihak tertentu setelah beberapa wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengunjungi ahli parlimen tersebut.

Jelas Gobind yang juga Pengerusi DAP Selangor, jika benar dakwaan tersebut berlaku, mengapa kita sebagai ahli parlimen tidak mengambil tindakan yang sewajarnya dengan langkah tersebut. Tindakan tersebut merujuk kepada memanggil ahli parlimen yang didakwa ditekankan untuk memberikan penjelasan. Seterusnya jika memerlukan penjelasan pihak luar, kita perlu memanggilnya. Dengan cara tersebut tindakan undang-undang boleh diambil kepada yang bersalah. Tambahan pula, ahli parlimen yang mempunyai kekebalan tersendiri dalam menyampaikan pendirian mereka wajar diberikan ruang kebebasan tanpa ada sebarang ugutan.

Ahli Parlimen Damansara itu berkata demikian ketika membahas Belanjawan 2024 peringkat Dasar di Dewan Rakyat semalam. Tambah beliau, parlimen harus melihat bagaimana mekanisme yang boleh diambil untuk memastikan tiada ahli parlimen yang ditekankan sehingga mempengaruhi tindakan mereka. Kejadian ini turut berlaku di zaman PN memerintah, maka ia wajar diberikan perhatian agar pendirian seseorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat tidak tergugat. – SelangorToday

Exit mobile version