Pihak berkuasa tempatan (PBT) di tiga negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Perlis dan Kelantan didapati belum menubuhkan unit integriti.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penubuhan unit itu penting untuk memastikan komitmen semua 156 PBT dalam usaha Kerajaan Madani membanteras rasuah.”Selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, saya mengarahkan semua PBT yang belum melaksanakan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini untuk segera menubuhkan unit integriti masing-masing.
“Saya memuji Selangor dan Pulau Pinang, negeri ini adalah contoh terbaik dalam pelaksanaan surat pekeliling JPA untuk menubuhkan unit integriti seperti yang terkandung dalam kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu, Kor Ming berkata, kerajaan akan terus memantau dan memastikan unit integriti berfungsi dengan baik.
Ujarnya, inisiatif berkenaan adalah untuk menjunjung prinsip integriti selaras dengan prinsip Kerajaan Madani yang menegaskan prinsip ketelusan dan tata kelola yang baik.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, kerajaan akan terus memantau dan memastikan unit integriti berfungsi dengan baik.
Ujarnya, inisiatif berkenaan adalah untuk menjunjung prinsip integriti selaras dengan prinsip Kerajaan Madani yang menegaskan prinsip ketelusan dan tata kelola yang baik. – Sinar Harian