
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Na’im bin Mokhtar menegur pihak-pihak tertentu yang dilihat tergesa-gesa mengeluarkan pandangan hukum berkaitan isu menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundi.
Dalam satu kenyataan rasmi, beliau mengingatkan bahawa hukum agama tidak seharusnya diputuskan secara sewenang-wenangnya oleh individu tanpa merujuk kepada pihak berautoriti seperti para Mufti dan institusi berwibawa.
“Hukum agama adalah perkara yang memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu yang tinggi,” tegas beliau.
Beliau turut menggesa semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada institusi berautoriti untuk mengeluarkan pandangan berdasarkan hukum syarak dan konteks semasa.

Menurut beliau, tindakan terburu-buru memberi pandangan hukum secara bebas bukan sahaja boleh mencetuskan kekeliruan, bahkan mampu mengganggu keharmonian masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan rukun Islam dan proses demokrasi negara.
Menteri Agama itu turut menyeru agar masyarakat mengutamakan ilmu dan adab dalam membincangkan isu-isu agama serta sentiasa merujuk kepada saluran yang betul demi menjaga kesucian Islam dan kesejahteraan bersama.
Kenyataan ini hadir susulan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat mengenai keutamaan antara menunaikan haji atau menunaikan tanggungjawab mengundi sekiranya kedua-duanya bertembung pada musim pilihan raya.
Ramai orang berasa dirinya lebih ber-otoriti (berkuasa) daripada yg diberi otoriti (kuasa) 🤦
Khususnya puak yg berwarna tertentu dgn para pengikut yg telah diasuh/basuh minda masing-masing untuk tidak menghormati & menerima perspektif pihak lain (terutama yg ada otoriti) 🤷