SelangorToday

MENTERI KEWANGAN KEDUA BIDAS AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG ISU SUBSIDI DIESEL

Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah Azizan membidas Ahli Parlimen Pembangkang yang membuat dakwaan dan tohmahan kepada Kerajaan MADANI berkaitan isu penyasaran subisidi diesel. Sebelum itu, sesi penjelasan berkaitan langkah kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel dibuat di Dewan Rakyat sebentar tadi. Selepas sesi penjelasan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul membenarkan seorang ahli parlimen pembangkang dan seorang lagi ahli parlimen kerajaan untuk membahaskan sesi penjelasan tersebut.

Namun apabila sesi menjawab oleh Menteri Kewangan Kedua itu berjalan, ramai ahli parlimen pembangkang mencelah sehingga menganggangu sesi tersebut. Walaubagaimana pun, Amir berjaya menyampaikan jawapannya atas tohmahan pembangkang. Kata beliau, kerajaan tidak memansuhkan subsidi diesel, sebaliknya kerajaan mengambil subsidi diesel yang selalu diterima oleh pihak yang tidak layak menerimanya. Katanya lagi, langkah kerajaan untuk memastikan penjimatan daripada belanja besar subsidi dapat dilakukan. Wang yang dapat dijimatkan pula akan digunakan untuk membangunkan sekolah daif dan hospital.

Sebelum itu Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Md Jidin mendakwa kerajaan sebagai tidak mendengar rintihan rakyat serta berkelakuan seperti lembu kenyang, namun ia ditangkis oleh Amir apabila ke semua mereka yang masih dalam keadaan memerlukan dibantu dengan subsidi tunai setiap bulan. Malah Sumbangan Tunai Rahmah(STR) telah diagihkan melebihi 9 juta rakyat Malaysia. Bantuan selain BUDI MADANI juga turut disediakan melalui kementerian terlibat bagi petani, nelayan dan peladang yang memerlukan. – SelangorToday

Exit mobile version