SelangorToday

MENTERI PENDIDIKAN UMUM AMALAN BARU RUNGKAI KONFLIK PENDIDIKAN

Menteri Pendidikan yang baharu, Fadhlina Sidek melalui Kenyataan Medianya pada Khamis memaklumkan bahawa beliau bersama pasukannnya sedang mengambil sebarang input atau maklum balas daripada semua pihak yang terlibat dalam membentuk sistem pendidikan negara. Kata beliau, sehingga kenyataan ini diwar-warkan kepada umum, beliau sedang memantau dan mengamati masalah-masalah asas yang timbul khususnya diperingkat sekolah. Setelah mengangkat sumpah selaku Menteri Pendidikan, Fadhlina terus mengadakan lawatan mengejut ke sekolah lamanya di Semenyih. Meskipun beliau sedar akan amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim begitu berat, namun dengan sokongan dan keupayaan pemimpin Kementerian Pendidikan Malaysia mendorong Fadhlina untuk bekerja lebih kuat.

Fadhlina Sidek, diamanahkan sebagai Menteri Pendidikan

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal dikatakan tidak membuat sebarang pengumuman penting terkait hala tuju negara apabila tidak ada sebarang kenyataan media dikeluarkan walaupun sudah berada di kerusi menteri sejak 4 hari yang lalu. Maka Fadhlina terpanggil untuk menjawab rungutan tersebut dalam satu kenyataan medianya dengan menyatakan  beliau sedang mengambil input yang menyeluruh untuk membentuk sebuah kerangka besar pendidikan bagi mengatasi masalah-masalah sebelum ini. Tambah beliau lagi, gabungan pendekatan atas-ke-bawah(top-down) dan bawah-ke-atas(bottom-up) untuk mendapatkan input yang terperinci dan menyeluruh akan menjadi pendekatan utama dalam pentadbiran Fadhlina.

Namun Fadhlina bertegas bahawa roh dan semangat yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak akan dilunturkan dalam kepimpinan beliau. Fadhlina juga sudah pun memulakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) serta bahagian-bahagian dalam kementerian. Dalam masa yang sama, bekas Ahli Dewan Negara itu juga meluangkan masa bertemu pengetua serta guru besar (PGB) di sekolah dan para guru yang merupakan golongan utama yang berhadapan dengan pendidikan negara. –Selangor today

Exit mobile version