SelangorToday

MENUJU KONVENSYEN AMANAH : PEMUDA SELANGOR SERU PH PERKUKUH SETIA KAWAN

Perwakilan Selangor, Saudara Mohamad Faridul Amini Bin Suhaimi menyeru agar parti-parti komponen Pakatan Harapan mengukuhkan nilai setiakawan dalam setiap gerak kerja yang dihadapi oleh Pakatan Harapan. Dalam ucapan perbahasan UcapTama Ketua Pemuda AMANAH Nasional, sempena Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional 2020 sebulan lalu.

Saudara Faridul Amini, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor

Faridul yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor itu memberikan contoh apabila mesyuarat Pemuda Pakatan Harapan Selangor diadakan secara rutin mampu membina kesepaduan dan setiakawan dalam Pakatan Harapan. Katanya ramai orang hanya bercakap soal setia kawan, namun apabila pelaksanaan, gagal untuk menterjemahkan prinsip setia kawan itu.

Setelah Ketua Pemuda AMANAH Selangor yang baru dipilih, Pemuda AMANAH Selangor mula melebarkan semangat setia kawannya dengan melakukan hubungan bersama NGO-NGO dan pemimpin masyarakat bagi memastikan jaringan terus diperkasa dan diperkembangkan. Maka Faridul mencadangkan langkah ini dilaksanakan juga oleh pihak Pemuda AMANAH Nasional.

Exit mobile version