SelangorToday

MENUJU PRU KE-15, KOMSEL SEDIA JADI TONGGAK ANGKAT INISIATIF KERAJAAN SELANGOR

Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim menyatakan kesediaannya bersama pasukan untuk menggerakkan seluruh jentera beliau untuk mempertahankan kemenangan Selangor dalam PRU akan datang. Wan Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menyambut resolusi yang dikeluarkan oleh HARAPAN Selangor sempena pemukiman HARAPAN Selangor yang diadakan beberapa hari yang lalu. Dalam kenyataan tersebut, HARAPAN Selangor bersepakat untuk memperkukuhkan jentara parti serta menjalinkan kerjasama dengan lantikan politik yang ada di Selangor untuk menjayakan polisi yang disediakan oleh kerajaan HARAPAN Selangor.

Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim

Wan Anwar yang juga Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Selayang berkata, sebagai salah satu daripada parti komponen HARAPAN, AMANAH melalui Biro Komunikasi Selangor (KomSel) bersedia untuk menjayakan kesemua resolusi tersebut melalui penyebaran maklumat positif kerajaan negeri kepada rakyat. KomSel juga akan menggembleng seluruh jentera komunikasi parti untuk membantu dalam memperkasakan penerangan kerajaan negeri agar sampai terus kepada rakyat. Penyebaran maklumat yang berkesan mampu menangkis segala serangan pihak lawan yang sentiasa memainkan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan dalam RPU akan datang. Oleh itu selain jentera komunikasi kerajaan, KomSel dan unit komunikasi parti KEADILAN dan DAP juga memainkan peranannya untuk menyampaikan makluman sahih kepada rakyat.

Tambah Wan Anwar yang juga Ketua AMANAH Kawasan Selayang lagi, segala inisiatif baik kerajaan negeri juga termasuk Inisiatif Selangor Penyayang yang sememangnya berpaksikan rakyat (people-centric) juga amat wajar dipromosikan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Banyak agenda rakyat yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. Oleh itu agenda ini tidak boleh tergendala dengan pengundi memilih parti yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat tetapi termakan dengan sentimen kaum dan agama. – Selangor Today

Exit mobile version