SelangorToday

MERAIKAN KEPELBAGAIAN: IZHAM AGIH SUMBANGAN PESTA PONGGAL

Menjelang Pesta Ponggal yang tiba 14 Januari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Hashim telah mengagihkan sumbangan beliau kepada masyarakat India di sana. Agihan sumbangan telah diadakan di sekita kawasan Pandan Indah melibatkan 65 orang masyarakt kaum India.

Tambah Pengerusi AMANAH Selangor itu, sumbangan yang diagihkan melibatkan barangan berbentuk barang persediaan perayaan Pesta Ponggal seperti susu, minyak sapi, gula merah dan lain-lain lagi. Asasnya, agihan sumbangan itu bertujuan meringankan beban masyarakat India daripada kalangan B40 untuk memastikan walaupun keadaan semasa menampakkan ekonomi sedang tenat, namun kerajaan negeri dibawah kelolaan Pakatan Harapan tetap membantu meraikan hari istimewa mereka. AMANAH meskipun merupakan parti bercirikan Islam, tetap meraikan kepelbagaian yang wujud di negara ini.

Yang Berhormat Izham yang juga Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor sempat menjelaskan bahawa Pesta Ponggal diraikan oleh masyarakat India adalah simbolik kepada perayaan semasa musim menuai dan bertujuaan memberi rehat kepada pesawah, ternakan dan semua rakyat.

Exit mobile version