SelangorToday

MEROKOK DITEMPAT TUMPUAN PERLU PENGUATKUASAAN KENDIRI – DR. DZULKEFLY

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan aktiviti merokok bukanlah satu yang dilarang, namun ia mesti bermula dengan kesedaran perokok apabila berada di tempat tumpuan orang ramai. Ketika penjelasan beliau ini disunting melalui akhbar Utusan Malaysia edisi 30 Disember 2023, Dr. Dzulkefly berkata, pihak beliau bukanlah mahu mahu menghukum perokok, namun penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan termasuk restoran adalah kekal, maka perokok dinasihatkan untuk melaksanakan kawalan kendiri dengan merokok dengan jarak tiga meter daripada premis.

Tambah Naib Presiden AMANAH itu, penguatkuasaan larangan merokok di kawasan tumpuan itu tetap sama dan kita akan pertingkatkan pengawasan. Sebagai rekod, Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di premis makanan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020. Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan. Bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun RM250 boleh dikenakan dan jika gagal membayarnya, mereka akan didakwa di mahkamah dengan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau maksimum dua tahun penjara.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi, sesuatu perundangan yang dilaksanakan tidak akan berjaya jika semua pihak tidak memahami objektif utama pelaksanannya. Pastinya tujuan penguatkuasaan undang-undang tersebut bagi mengelakkan kaki rokok berkongsi asap ‘basi’ dengan kumpulan sasaran yang tidak merokok. Kumpulan sasaran tersebut termasuk golongan warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak kecil. – SelangorToday

Exit mobile version