SelangorToday

MESKI BUKAN MENTERI, DR. DZUL BERJAYA BERI PERUNTUKAN WIFI KE SMK JERAM

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad telah menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Selangor sebagai sekolah pertama di Kuala Selangor yang mempunyai access point wifi di semua bangunan dalam kawasan sekolah. Pada 23 September yang lalu, Dr. Dzulkefly telah menghadiri Majlis Penyerahan Kerja Siap Pendawaian Access Point Sistem Wifi SMK Jeram.  Selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor yang dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr. Dzul telah berusaha untuk memastikan kemudahan dapat dikecapi oleh penduduk di kawasannya. Manakala Pandemik Covid-19 yang melanda 2 tahun lalu, telah menyebabkan kemudahan internet amat diperlukan bagi memastikan proses pendidikan terus berjalan, oleh itu Dr. Dzul dan pasukan pusat khidmatnya telah berjaya menyediakan kemudahan tersebut.

Dalam sidang media yang diadakan selepas majlis penyerahan projek siap tersebut, kos untuk menyiapkan projek tersebut berjumlah RM 118,477.00. Meskipun Dr. Dzul hanyalah bekas Menteri Kesihatan, namun usahanya kelihatan lebih cermat dan agresif dalam membantu rakyat berbanding menteri yang turun ke Negeri Selangor semata-mata untuk menumbangkan kerajaan HARAPAN. Justeru, dengan adanya access point wifi di seluruh kawasan sekolah dapat membantu melancarkan proses pengajaran sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

Menyedari hakikat bahawa ada banyak kelompongan di sekolah sebagai lapangan utama pendidikan yang belum diatasi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, oleh itu Dr. Dzul telah mengusahakannya sehabis baik. Malah pemberian projek ini bukanlah satu lakonan politik, namun ia adalah satu tuntutan insaniah demi mengeluarkan masyarakat daripada kejahilan. – Selangor Today

Exit mobile version