Exco Pemuda AMANAH Selangor, Tuan Mirzan Majid menyeru golongan muda yang berada di Selangor menjalani ujian saringan kesihatan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Selangor Saring. Kata beliau usaha yang dilakukan oleh PH melalui kepimpinan Naib Presiden AMANAH, Dr. Siti Mariah Mahmud selaku Exco Kesihatan Selangor mesti disokong oleh anak-anak muda. Tujuan dan matlamat program ini adalah untuk mewujukan sebuah masyarakat yang sihat dan maju, maka semua pihak termasuk anak muda perlu menyertainya.
Tambah Mirzan yang juga Pengarah Program Selangor Saring ini, golongan muda hari ini sudah terdedah kepada penyakit kencing manis dan penyakit kronik yang lain. Meski mereka berada pada usia muda, namun statistik menujukkan trend jumlah golongan muda yang mendapat penyakit kronik adalah meningkat. Maka usaha mengenal pasti keberadaan penyakit tersebut melalui ujian saringan perlu dilakukan segera.
Mirzan mengulas manfaat yang bakal diperoleh oleh rakyat Selangor melalui Program Selangor Saring ini, rakyat Selangor akan menikmati kos percuma dalam setiap ujian saringan yang dijalankan dari awal sehingga akhir. Jika dibandingkan dengan kos yang dikenakan oleh pihak swasta, ia memakan jumlah ribuan ringgit. Maka usaha kerajaan negeri ini memudahkan urusan rakyat Selangor mengenalpasti penyakit dari awal seterusnya rawatan pencegahan boleh diteruskan dibawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Untuk makluman Program Selangor Saring akan terus menemui rakyat Selangor pada minggi ini iaitu 18 Jun 2022 di DUN Dengkil dan Sungai Ramal serta pada 19 Jun 2022 di Sungai Pelek, Teratai dan Pandan Indah.