SelangorToday

MOHAMAD SABU KETUAI HIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN AHAD INI

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad bin Sabu diberi mandat oleh Kabinet Malaysia bagi mengetuai Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan Ahad ini 4 Ogos 2024 di Stadium Axiata, Bukit Jalil. Himpunan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet semalam bagi menunjukkan kekesalan Malaysia kepada kegagalan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Eropah menegakkan keadilan kepada negara Palestin.

Melalui satu kenyataan di laman sosial Mohamad yang juga Presiden Parti AMANAH Negara, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan negara akan berucap pada himpunan tersebut yang dijangka bermula selepas solat Maghrib. Beliau turut mengerahkan seluruh rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama dalam himpunan tersebut sebagai solidariti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersama Negara Palestin.

Semalam, bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah dibunuh melalui satu serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel di Iran. Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan masyarakat awam dan menganggap ia sebagai satu tindakan yang biadab. Oleh itu Mohamad memberi maklum balas atas tindakan tersebut dengan berkata, langkah Amerika Syarikat dan negara eropah yang lain memberi penghormatan kepada ‘Kepala Pemimpin’ Israel sebagai satu tanda dunia sedang membelakang nilai keadilan sejagat. Mohamad mendoakan kemenangan Negara Palestin menyakini bahawa Ismail gugur syahid. – SelangorToday

Exit mobile version