SelangorToday

MOHAMAD SABU SERU RAKYAT SEKAT FAHAMAN EKSTREMIS DARI MENULAR DI MALAYSIA

Rakyat Johor perlu menjadi batu penghalang fahaman ekstrem terus menular dalam negara ini kerana ideologi berkenaan mampu mengganggu-gugat keamanan dan kemajuan Malaysia.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, banyak negara di Asia Barat boleh dijadikan contoh apabila mereka menggunakan pelbagai fatwa dalam kehidupan bermasyarakat sehingga menyebabkan negara itu miskin serta ketinggalan daripada arus pembangunan.

Katanya, sebagai rakyat bertamadun yang mahukan kemajuan, fahaman ekstrem harus ditolak supaya tidak menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dalam negara ini.

“Alhamdulillah, perbezaan pandangan dalam politik di negara ini tidak menjadi permasalahan dan jika dilihat dalam laman media sosial sekarang ini amat membimbangkan apabila penuh dengan kenyataan-kenyataan ekstrem.

“Atas sebab itulah kita tidak mahu fahaman-fahaman terlalu ekstrem ini memasuki mana-mana tempat di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Kelompok Pakatan Harapan (PH) di Dewan Terbuka Taman Desa di sini, malam tadi.

Exit mobile version