SelangorToday

MOHAMAD SABU TEMPELAK HISHAMUDDIN ISU LCS

Bekas Menteri Pertahanan, Hj Mohamad Sabu menempelak Menteri Pertahanan, Hishamuddin Tun Hussein yang cuba bermain skrip yang sama seperti yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam menangani isu skandal Littoral Combat Ship (LCS). Dalam satu kenyataan media bersama bekas Timbalannya, Liew Chin Tong, Mohamad menempelak anak kepada Perdana Menteri ketiga itu apabila cuba menujukkan kepada pihak umum bahawa kapal yang didakwa tidak wujud itu sedang dalam binaan. Kaedah yang digunakan adalah dengan menjemput pihak media dan memaparkan badan kapal yang telah sedia wujud sejak 2017. Malah Mohamad dan Chin Tong juga pernah melawat kawasan tersebut.

Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu skandal LCS disiasat segera

Namun, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, keberadaan badan kapal LCS bukanlah keutamaan, yang lebih penting adalah ‘detailed design’ dan pemasangan peralatan yang belum bermula dan tidak kelihatan. Kata Mohamada lagi, strategi ini sama digunakan oleh sepupu Hishamuddin sendiri iaitu Najib dalam mengailhkan tumpuan awam untuk menyakinkan bahawa LCS bukan satu skandal kewangan negara. Menjawab dakwaan Najib bahawa Pakatan Harapan yang melewatkan proses binaan kapal tersebut, Mohamad berkata, projek LCS tidak dibekukan oleh kerajaan PH, sebaliknya projek LCS tergendala kerana kekangan kewangan syarikat BNS sebagai syarikat yang diberikan tanggungjawab mengelola sepenuhnya projek LCS.

Ahli Parlimen Kota Raja itu mengingatkan Hishamuddin jangan cuba untuk ‘cover-up’ atau sembunyikan kebenaran bahawa projek LCS adalah projek yang sakit. Sebaliknya Hishamuddin selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap isu ini sejak mula dan kini perlu menjawab beberapa soalan sebagai penyelesaian. Antara persoalan tersebut adalah, berapakah suntikan dana yang telah diberikan untuk memulihkan projek LCS ini, bilakah detailed design yang sepatutnya selesai pada November 2016 boleh dimuktamadkan dan nyatakan jadual terbaru serahan kapal BNS kepada TLDM jika projek LCS kembali diteruskan . – Selangor Today

Exit mobile version