SelangorToday

MOHAMAD SABU TOLAK KERJASAMA DENGAN PN

Defence Minister Mohamad Sabu NORAFIFI EHSAN / The Star

Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu bertegas untuk menolak kerjasama bersama Perikatan Nasional dalam menghadapi Pliihan Raya Umum akan datang. Kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Mohamad melalui laman sosialnya sebagai respon sokongan kepada kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang menyatakan secara jelas Majlis Presiden Pakatan Harapan telah sepakat untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PN bagi menempuhi PRU yang dikira paling sengit tidak lama lagi. Rafizi semasa menyampaikan ceramahnya di Seremban atas platform Ayuh Malaysia menyatakan bahawa keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PN adalah keputusan bersama dalam PH maka ia akan menjadi azimat meski ada pandangan peribadi untuk merujuk kembali kepada PN.

Mohamad Sabu, Mantan Menteri Pertahanan

Mohamad yang timbalan pengerusi PH itu juga berkata, bahawa PN khususnya BERSATU merupakan sebahagian daripada kerajaan, maka tiada sebarang kerjasama akan dibentuk bersama parti-parti dalam kerajaan memadangkan mereka duduk bersama dalam memerintah dengan keadaan yang serba gagal. Ia juga bertitik tolak daripada maklum balas Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yassin yang berkata kenyataan Rafizi adalah kenyataan peribadi bukan rasmi daripada PH. Oleh itu, kenyataan susulan daripada Mantan Menteri Pertahanan, itu membenamkan hujah PN yang menidakkan kenyataan Rafizi.  Jelas dalam keadaan tersepit, Mahiaddin Md Yassin cuba mencari jalan untuk memastikan beliau dan partinya terus mendapat tempat dalam kerajaan, oleh itu persilihan dengan UMNO/BN membuatkan PN terpaksa kembali berbaik dengan PH.

Demi melihatkan bahawa BERSATU berada dalam prinsip kebenaran, Mahiaddin cuba menyatakan bahawa pakatan pembangkang antara PN dan PH kononya akan memastikan Malaysia bebas daripada UMNO/BN dan menyelamatkan negara ini daripada pemimpin yang korup. Sebaliknya ramai pemimpin PH berhujah bahawa kenyataan Mahiaddin itu hanyalah sebagai satu alasan sedangkan PN lah yang pernah duduk bersama BN khususnya pemimpin korupsi membentuk kerajaan sehingga jatuhnya kepada PH. Oleh itu, tiada kerjasama dengan pengkhianat mandat rakyat bersama PH. – Selangor Today

Exit mobile version