SelangorToday

MOHAMAD SABU UMUM PERUNTUKAN RM63 JUTA UNTUK ELAUN SARA HIDUP NELAYAN

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Hj Mohamad Sabu mengumumkan pada tahun 2023, kerajaan telah meluluskan RM63 Juta untuk membantu kelangsungan hidup para nelayan diseluruh negara dalam bentuk Elaun Sara Hidup Nelayan. Beliau mengumumkan peruntukan tersebut ketika merasmikan Program Jiwa Murni LKIM dan Penyampaian Bantuan kepada Nelayan Negeri Kedah semalam. Jelas beliau, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) melalui Lembagai Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa peka dengan nasib dan kebajikan para nelayan tidak kira apa jua keadaan yang berlaku. Justeru tekad Hj Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, kerajaan akan terus berusaha membantu golongan nelayan meringankan beban tekanan ekonomi dengan pelbagai bantuan telah dan akan disalurkan khusus buat mereka.

Hj Mohamad Sabu mendengar rintihan nelayan di Kedah

Hj Mohamad ketika menyampaikan Bantuan Touch Point sebanyak RM50 kepada setiap Persatuan Nelayan Kawasan di negeri Kedah itu berkata, beliau dimaklumkan seramai 690 orang nelayan di Kawasan Kuala Kedah akan menerima ESHN. Bagi menjaga kebajikan para nelayan pula, Hj Mohamad yang juga Presiden AMANAH berkata, kerajaan melalui KLIM telah mencarum di PERKESO dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) yang memberikan perlindungan kepada orang yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan. Malah MAFS juga telah memperuntukan sejumlah peruntukan dibawah Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan bagi melindungi kesejahteraan golongan nelayan yang ditimpa musibah.

Semalam dan hari ini, beberapa kementerian dilihat turun ke Kedah untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh serta mengumumkan beberapa program khusus untuk meringankan beban rakyat di Kedah. Selain Hj Mohamad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub juga turun ke Kedah. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa juga telah menghadiri upacara serah kunci Hospital Pendang yang bakal beroperasi Februari ini. – Selangor Today

Exit mobile version