Orang ramai boleh memohon manfaat Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) menerusi pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 1 Oktober.
Menurut Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), perlindungan am diperuntuk antara RM10,000 hingga RM20,000 bagi menjaga kebajikan penduduk secara berterusan.
“Bantuan ini memberi faedah besar kepada keluarga penerima sekiranya mereka meninggal dunia,” kata Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor.
Pada 30 Ogos, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai enam juta rakyat bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif ditawar kepada penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun bertujuan membantu meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.
Jelasnya, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.