Site icon SelangorToday

MOTIVASI | HADIAH DARIPADA TUHAN

motivasituhancover

Saya berbaring di atas katil yang empuk sambil cuba memikirkan arah tujuan hidup ini. “Wahai tuhan, apakah yang perlu saya lakukan? Ke manakah arah yang perlu saya tuju?”

Saat itu tiada sebarang petunjuk menjelma. Oleh itu, minda saya ligat menyenaraikan semua perkara yang berkemungkinan. Antaranya “Memperjuangkan Isu Kelaparan Dunia”, “Menyelamatkan Kanak-Kanak dan “Mengakhiri Pemanasan Global: Tiba-tiba, terdengar satu bisikan suara. “Pergilah ke pasar raya”

“Apa? Pasar raya? Tidak mungkin!”

Pelik, itu bukannya tempat bagi memenuhi tuntutan rohani dan kebajikan. Itu tempat untuk saya membeli barang-barang keperluan dapur dan rumah! Mungkin minda saya masih berserabut memikirkan beberapa barang yang masih belum dibeli. Saya mencuba sekali lagi “Wahai tuhan, apakah yang perlu saya lakukan hari ini? Ke manakah arah yang perlu saya tuju?” Sekali lagi, “pasar raya” menjelma sebagai jawapan.

Secara jujurnya , saya terasa lega. Pergi ke pasar raya ternyata seribu kali lebih mudah daripada memperjuangkan isu kelaparan dunia. Lagi pula saya perlu pulang ke rumah sebelum jam 3.00 petang

“Sekiranya lahir perasaan sangsi yang kamu hanya membazirkan hidung kamu, itu adalah kerana kamu yang menjadikan hidup kamu begitu.” Terngiang-ngiang bicara seorang pakar rohani dan motivasi terkemuka, Marianne Williamson.

Sebelum ini saya sibuk dengan kerja-kerja pengubah yang memakan masa lebih daripada setahun. Kini semuanya sudah siap.  Semenjak anak perempuan saya masuk ke sekolah menengah, saya hanya  membuat kerja sukarela dengan kadar minimum.

Secara ringkas, saya merasakan diri seperti tidak berguna. Kata-kata pakar rohani dan motivasi  itu terus menghantui kotak fikiran saya Saya akui kadangkala perasaan ego  menerjah diri ini dengan mendambakan sebuah majlis koktel yang mampu membuatkan tetamu terpegun dan bertanya, “Apa yang kamu lakukan sekarang?”

Dalam keterpaksaan demi mengubah identiti diri, saya mula membaca buku-buku kerohanian. Melalui pembacaan saya dapati begitu ramai orang yang mendapat petunjuk dalam hidup dengan bertanya kepada Tuhan setiap pagi. Apakah yang perlu saya lakukan hari ini? Ke manakah arah yang perlu saya tuju?”

Sejujurnya, semua kedengaran seperti karut. Mungkinkah saya akan mendapat petunjuk hanya dengan bertanya kepada tuhan?

Tetapi tidak mengapa. Saya akan turutkan sahaja. Mungkin perple nya adalah permulaan untuk saya. Sekiranya saya mampu menyelesaikan ‘tugasan’ ini, mungkin suatu hari tuhan akan memberikan saya peluang menangani isu kelaparan dunia pula. Lantas, saya bingkit dan katt mempersiapkan diri untuk ke pasar raya besar.

Hari itu saya lebih berhemah ketika di pasar raya, sejajar dengan rancangan saya yang mahu lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Sekiranya dahulu saya akan menolak troli selaju kereta lumba sambil melalui  ruang di situ, kini tidak lagi.

Saya mematikan telefon bimbit. Semua perkara saya lakukan per satu, tidak lagi kelam kabut seperti dahulu. Kesannya, saya lebih mudah mengingati senarai barang yang mahu saya beli. Ketika sedang beratur kaunter pembayaran, tiba-tiba saya dilanda kabimbangan

Selepas ini saya perlu ke kedai dobi, pejabat pos dan perpustakaan. Saya runsing memikirkan masa yang tinggal hanya tengah jam sahaja lagi. Jantung saya berdegup semakin laju. Saya perlu menarik nafas dalam-dalam. Saya perlu berfikir dengan lebih tenang.

Seluruh pemikiran saya pusatkan kepada kaki saya yang ketika itu tidak henti-henti berdetap.  Kemudian semua kebimbangan dalam fikiran saya seolah-olah dirantai. Selepas menarik nafas dalam-dalam, tekanan yang saya alami kian berkurangan. Perasaan lega mengambil alih tempat di hati saya. Fikiran saya terasa lebih ringan seolah olah tiada bebanan.

Sampai di rumah, saya keluarkan semua barang dari kereta. Selalunya saya akan merungut kerana perlu naik turun tangga berkali-kali bagi mengangkut barang-barang yang berat termasuk pencuci detergen yang beratnya tiga gelen. Tetapi, hari ini saya bersyukur.

Pertama, saya bersyukur kerana mempunyai wang bagi membeli barang-barang ini. Kedua, saya bersyukur kerana tangan dan kaki saya masih kuat bagi mengangkut barang-barang ini. Ketiga, saya bersyukur kerana diberi makanan yang mencukupi dan anggota badan saya masih mampu melakukan semua kerja rumah.

Perasaan syukur yang terbit di hati saya menjadi semakin jelas. Melihatkan keadaan sekeliling, saya sedar selama ini saya dilimpahi rahmat tuhan. Saya bersyukur kerana mampu memiliki peralatan rumah yang membantu saya bekerja. Saya juga bersyukur karana dibekalkan dengan sumber air paip bersih. Selain itu saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang saya sayang. Rupa-rupanya saat ketenangan yang saya nikmati diintai oleh sepasang mata lain.

“Kenapa dengan ibu tanya anak perempuan saya dengan penuh curiga sambil meletakkan beg dan kasutnya. “Ibu nampak gembara, tetapi sedikit pelik.”

Ya, saya memang gembira Gembira sahaja, tiada apa yang pelik mengenainya.

Menemui nikmat kesyukuran dalam hidup. Adalah ia satu petunjuk daripada Tuhan?

Seketika suami saya pulang ke rumah. Sedikit awal daripada kebiasaan. Saya menegur beliau sambil tersenyum.

Mukanya pucat lesu dan matanya kelam tidak bercahaya. Bahasa badannya memberitahu ada berita tidak baik yang maha beliau kongsikan.

“Syarikat tempat saya bekerja mengalami masalah kewangan. Saya tidak dibuang kerja, tetapi digantung buat sementara waktu bagi menjimatkan kos syarikat. Serta merta perasaan takut akan ketidaktentuan masa hadapan menyelinap seluruh tubuh badan saya. Apakah yang akan berlaku? Bagaimanakah kami mahu mengharunginya? Badan saya menjadi kaku.

Saya masih tidak bersedia menghadapi situasi begini tuhan. Saya baru sahaja mensyukuri semua nikmat kehidupan pada pagi tadi. Kini engkau memberi ujian yang begitu berat dan hebat.

Tiba-tiba kejadian pagi tadi menerpa fliran saya. Ada sebab mengapa tuhan menghantar saya ke pasar raya. Tuhan menemukan saya dengan perasaan syukur sebagai persediaan menempuh ujian ini.

Rupa-rupanya petunjuk yang saya cari-cari selama ini bukannya ‘apa yang perlu saya lakukan’, tetapi lebih kepada ‘siapa yang perlu saya jadi’.

Saya perlu menjadi seseorang yang lebih banyak bersyukur dalam semua situasi, termasuk saat ini, nikmat ini dan ujian ini.

Sambil menarik nafas yang dalam, saya memeluk suami dan merasakan panas badannya. Saat itu saya nekad menerima ujian yang diturunkan oleh tuhan dengan perasaan reda dan menerima seadanya. Saya kini sedar perlu mengubah persepsi saya perihal kehidupan.

Saya memilih tetap bersyukur, yakin, dan reda dengan ujian ini. Keyakinan adalah ibarat mengetahui bulan sentiasa penuh walaupun kadangkala hanya terlihat secebis bahagian bulan. Saat itu saya yakin kami sekeluarga akan berjaya mengharungi ujian ini.

Petikan daripada buku ‘Chicken Soup for the Soul’ Berfikiran Positif.

Exit mobile version