SelangorToday

MOTIVASI | PEMIMPIN BERMINDA PROGRESIF : BERUPAYA MENAFSIR PEMIKIRAN

Minda progresif adalah satu pemikiran yang berupaya menafsir pemikiran yang datang dari pelbagai bidang dan sudut atau mampu mengolah apa juga permasalahan yang telah berlaku sebagai proses mencari penyelesaian dan merangka pemikiran baru dalam perancangan masa depan.

Pemikiran progresif adalah pemikiran yang dapat mengenal pasti sama ada kelemahan, kekuatan permasalahan lepas dan merangka tindakan dan gerak kerja masa depan yang lebih konstruktif dan berdaya maju.

Pemimpin yang mempunyai minda progresif sudah pasti ia boleh mengadaptasi pandangan sebelum meliputi perkara-perkara asas dan merangka pemikiran masa depan yang lebih tepat, tuntas dan jitu, demi kepentingan dan kelangsungan masa depan masyarakat yang dipimpin.

Minda progresif lahir dari pemimpin yang cenderung dan mendokong kepada pemikiran baru dan pemikiran yang sentiasa segar dan terkini, serta dapat difahami dengan mudah dan sesuai dengan permasalahan semasa atau sezaman.

Mereka tidak akan terkongkong dan terpelosok dalam kerangka minda sempit dan tidak mahu atau sukar untuk berubah dan menerima pemikiran dan idea baru kerana dibelenggui kegusaran dan kekhuatiran sukar diterima oleh masyarakat.

Kerana itu, Pemimpin yang berfikiran progresif, adalah mereka yang berani dan sanggup mengeluarkan idea baru dan pendapat asalkan ianya benar, mereka tidak gusar mengeluarkan idea walaupun idea itu kadang-kadang amat janggal dengan pendapat yang ramai dan sukar diterima oleh orang terbanyak.

Kerana itu dalam mengeluarkan idea pemimpin progresif akan menggunakan pelbagai metodologi agar idea yang diluahkan mudah difahami, terkini dan mendekat kepada masyarakat dalam mengeluarkan pandangan dalam menjawab permasalahan semasa yang dibangkitkan oleh masyarakat.

Nukilan:

Dr. Hasan Bahrom

Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat Amanah Nasional

#SuluhMindaHB

Exit mobile version