Ahli Parlimen Hulu Langat, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mengucapkan ribuan terima kasih dan seribu penghargaan buat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang telkah berkorban dan bertungkus lumus membantu menjaga keamanan negara. penghargaan tersebut disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin dalam laman sosialnya sempena dengan Dekad Platinum Pertahanan Awam. Sebelum itu, Ustaz Hasanuddin yang juga anggota APM menyertai program Kibaran Panji APM 70 puncak yang melibatkan semua APM di seluruh negara.
Naib Presiden AMANAH itu menyertai kumpulan APM kawasan Hulu Langat dan Gombak menawan puncak Broga dan mengibarkan bendera APM pada 30 Jun yang lalu. Ustaz Hasanuddin juga mengucapkan tahniah kepada anggota APM yang sentiasa siap siaga memberikan khidmat bakti mereka apabila diperlukan oleh negara.
Semasa banjir besar yang berlaku di Selangor, Hulu Langat merupakan daerah yang terkesan teruk selain Shah Alam dan Klang. Maka pastinya Ustaz Hasanuddin mengalami dan merasai sendiri kekuatan serta ketabahan warga APM yang sentiasa berkerja menyelamatkan mangsa banjir, membersihkan sisan banjir serta mengangkat sampah sarap yang tertimbum akibat banjir di Hulu Langat. Oleh itu, banyak usaha yang telah dilakukan oleh Ustaz Hasanuddin untuk mengangkat kedudukan APM setanding dengan pengrobanannya. Antaranyan Ustaz Hasanuddin pernah membangkitkan soal kebajikan dan kedudukan APM kepada kerajaan melalu ucapan perbahasannya di Parlimen.