SelangorToday

MP PAS DIGANTUNG 10 HARI BUAT DAKWAAN NEGATIF KEPADA YDP DEWAN RAKYAT

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari bermula hari ini kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai lalu.

Keputusan itu diambil susulan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada PAS itu tidak menarik balik atau melakukan permohonan maaf susulan tindakan terbabit.

–fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Johari berkata, beliau sudah mengemukakan surat kepada Awang pada 22 Julai lalu supaya menarik balik ucapan berkenaan dan membuat permohonan maaf, tetapi sehingga hari ini belum ada tindakan.

“Tindakan Pendang adalah menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dipilih dan diamanahkan menjalankan tanggungjawab berdasarkan peraturan Dewan Rakyat.

“Memandangkan YB tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai speaker, maka saya perintahkan YB keluar dari dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan peraturan 44 (2),” katanya. – Berita Harian

Exit mobile version