SelangorToday

MP PUCHONG KEKAL TIMBALAN PENGERUSI DAP KEBANGSAAN

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berjaya memperoleh undian tertinggi dalam Pemilihan DAP Kebangsaan yang telah diadakan pada 20 Mac 2022 lalu. Beliau yang sebelum ini adalah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan berjaya mendapat 1,782. Dibelakang beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Pemilihan DAP Kebangsaan yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu ditangguhkan atas pelbagai faktor. Namun, ia tetap diadakan meskipun banyak politik lain seperti UMNO dan AMANAH yang menangguhkan pemilihannya bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum yang dijangka bila-bila masa daripada sekarang. Selepas selesai memilih 30 orang sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi DAP, 30 orang ini perlu memilih siapa yang akan menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Agungnya. Maka Lim Guan Eng telah dipilih sebagai Pengerusi DAP, manakala Gobind Singh kekal sebagai Timbalan Pengerusi. Anthony pula menggantikan Guan Eng selaku Setiausaha Agung.

Dalam pemilihan kali ini, Guan Eng bertindak sebagai Setiausaha Agung bagi kali terakhir memandangkan Guang Eng telah memikul amanah tersebut selama 3 penggal. Syarat yang ditetapkan oleh DAP, seseorang boleh memegang jawatan Setiausaha Agung hanya 3 penggal sahaja. Selain itu, pemimpin lagenda DAP, Lim Kit Siang telah mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri dalam politik setelah 56 tahun berada dalam gelanggang. Beliau menarik diri dalam pertandingan Jawatankuasa Tertinggi DAP, dan tidak mahu bertanding dalam PRU akan datang.

Exit mobile version