SelangorToday

MP SELAYANG DAN 4 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BANTAH TUNDA MESYUARAT PSC

Ahli Parlimen Selayang, Yang Berhormat William Leong antara ahli parlimen pembangkang yang membantah penundaan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-Agensi di Jabatan Perdana Menteri.  Selain William, turut membantah adalah Yang Berhormat Azis Jamman (Sepanggar), Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) dan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka). Mereka berempat juga merupakan ahli jawatankuasa khas tersebut mewakili blok pembangkang.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-Agensi di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Abdul Latiff Rahman (Kuala Krai) memaklumkan kepada 8 anggota jawatankuasa tersebut untuk menangguhkan mesyuarat setelah dibantah secara bertulis oleh Tan Sri Azam Baki sendiri yang juga Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Kata Azam, bantahan itu dibuat memandangkan ia mungkin bercanggah dengan peraturan tetap Dewan Rakyat yang tidak membenarkan parlimen membincangkan perkara yang belum selesai di mahkamah. Namun, keempat-empat ahlu parlimen pembangkang itu menyatakan bahawa parlimen mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana saksi untuk memberikan keterangan selaras dengan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa)1952.

Exit mobile version