SelangorToday

MP SEPANG, AIMAN ATHIRAH DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MENTERI WANITA

Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibawah Kabinet Kerajaan Perpaduan. Pengumuma itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Jumaat. Dalam pengumuman tersebut, Aiman yang juga merupakan Ketua Wanita HARAPAN serta Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Malaysia akan membantu Nancy Shukri selaku menteri. Sebelum ini nama Aiman dan Adly disebut-sebut bakal diserap ke dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mengukuhkan saf kepimpinan negara. Akhirnya spekulasi tersebut terjawab apabila Adly juga diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan

Aiman merupakan bekas Ahli Dewan Negara pada penggal lalu. Berjaya dipilih sebagai Ketua AWAN Nasional pada tahun 2019 menggantikan Dr Siti Mariah Mahmud membolehkan beliau menggerakkan seluruh jentera parti daripada kalangan wanita. Pemilihan parti yang berlaku dalam DAP dan KEADILAN mendorong Majlis Presiden HARAPAN merombak semula posisi tertentu dalam PH yang telah menempatkan Aiman menjadi Ketua Wanita HARAPAN sehingga kini. Aktivis wanita yang sentiasa berpandangan jauh dan mempunyai visi serta misi untuk mengangkat kedudukan wanita dalam masyarakat akan diterjemahkan dalam kepimpinannya selaku timbalan menteri kelak.

Selain itu, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka merupakan muka baru yang akan menghiasi perdebatan di Dewan Rakyat kelak. Amanah yang diberikan oleh kepimpinan Anwar Ibrahim buat Adly akan diterjemahkan sehabis baik dalam tempoh mandat yang ada. Kekuatan Adly membawa naratif berkebajikan di Melaka sebagai Ketua Menteri akan diterjemahkan kepada warga ATM khususnya golongan rendan dan pesara. – Selangor today

Exit mobile version