SelangorToday

MP SEPANG LULUS PERUNTUKAN UNTUK PEMASANGAN LAMPU SOLAR DI KAMPUNG TRADISI

Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu telah meluluskan peruntukan kewangan untuk pemasangan lampu solar di kampung tradisi sekitar Sepang. Melalui posting yang dimuat naik di laman sosial beliau, peruntukan kewangan tersebut melibatkan jumlah RM700 ribu melalui Projek Mesra Rakyat tahun 2023. Katanya lagi, peruntukan tersebut mampu menerangi kawasan kampung tradisi yang gelap melibatkan 16 buah kampung keseluruhannya.

Aiman yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, sejak beliau dipilih sebagai ahli parlimen Sepang, kekerapan aduan melibatkan kawasan yang tiada pencahayaan amatlah tinggi. Tambahan pula, masalah tersebut berlaku dalam tempoh yang berpanjangan. Oleh itu atas komitmen beliau dan keprihatinannya kepada keselamatan dan kesejahteraan penduduk, peruntukan ini diluluskan. Aiman juga berharap usaha tersebut akan menjadi permulaan kepada penyelesaian beberapa masalah lain yang berbangkit pada masa akan datang memandangkan daerah Sepang merupakan pintu masuk pertama negara melalui laluan udara.

Gambar Sinar Harian

Posting tersebut dimuat naik sempena kehadiran Ketua Wanita HARAPAN itu di majlis Pelancaran Projek Lampu Solat Parlimen Sepang beberapa hari yang lalu. Majlis tersebut turut disertai oleh wakili Pejabat Daerah dan Tanah Sepang serta ketua-ketua kampung. Beliau menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. – SelangorToday

Exit mobile version