SelangorToday

MP SHAH ALAM, DUA ADN RAI VETERAN ATM DAN PDRM SEMPENA HARI PAHLAWAN

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof buat julung kalinya mengadakan majlis meraikan veteran Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) pada ahad lalu sempena sambutan Hari Pahlawan 2024. Majlis yang diadakan dalam bentuk sederhana namun bermakna itu dianjurkan bersama pihak Ahli Dewan Negeri Selangor Kota Anggerik dan Batu Tiga. Oleh itu majlis itu turut disertai oleh Najwan Halimi dan Danial Al-Rashid Harun selaku ADN kawasan masing-masing.

Melalui posting yang dimuat naik di laman sosialnya, Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu dengan kerjasama ADN dibawah parlimennya berazam untuk menjadikan acara meraikan bekas petugas keselamatan negara itu dibuat setiap tahun. Tidak menolak kemungkinan pada masa akan datang, acara yang disusun itu dibuat lebih meriah buat para veteran ATM dan PRDM.

Jika dilihat semula, acara ini merupakan acara yang pertama kalinya diadakan oleh wakil rakyat di Selangor. Ia jelas membuktikan bahawa komitmen selaku ahli parlimen menyantuni semua pihak dengan prinsip kepedulian.

Sementara itu Hj Azli yang juga Pengerusi Biro Pendidikan AMANAH Nasional mengulas tentang Hari Pahlawan itu berkata, hari peristiwa itu bukan sekadar tercatat dalam kalendar semata-mata, namun yang lebih utama adalah peringatan abadi tentang keberanian yang tidak terkira mereka yang berkhidmat demi keamanan negara. Veteran yang diraikan menjadi pendorong kepada masyarakat untuk sentiasa bersemangat membangunkan negara persis veteran ATM dan PDRM yang kekal membara perjuangannya meskipun telah bersara. – SelangorToday

Exit mobile version