SelangorToday

MP Shah Alam Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Sosial AIPA 2025

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Hari kedua Perhimpunan Agung AIPA Ke-46 di World Trade Centre, Kuala Lumpur menyaksikan Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli, diberi mandat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Sosial yang menjadi salah satu sesi penting persidangan tahun ini.

Dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa telah membincangkan, memperincikan dan meluluskan lima draf resolusi utama meliputi isu dadah, perlindungan sosial, kawalan minuman beralkohol, pembangunan sumber manusia digital ASEAN melalui pendidikan, serta akses kesihatan yang berkualiti dan mampu milik untuk semua rakyat ASEAN.

Antara resolusi penting yang diluluskan termasuk:

  1. Uniting Parliaments for an Inclusive and Sustainable ASEAN in Addressing Contemporary Drug Challenges
  2. Strengthening Social Protection for Vulnerable Groups in the Face of the Climate Crisis
  3. Promoting the Roles of Parliaments in Enforcing Existing Laws on Alcohol Beverage Control
  4. Promoting Harmonisation of Educational Standards & Recognition of Vocational Skills to Develop ASEAN’s Digital Human Resources
  5. Promoting Access to Affordable and Quality Healthcare for All in ASEAN

Mesyuarat turut diserikan dengan intervensi daripada Parlimen Nasional Timor-Leste selaku negara pemerhati, yang memperkayakan lagi perbincangan resolusi dengan pandangan segar dan konstruktif.

Dalam ucapannya, Hj Azli menekankan bahawa semangat solidariti, inklusiviti dan kerjasama antara negara anggota adalah kunci dalam membentuk dasar sosial yang menjamin kesejahteraan dan kemampanan komuniti ASEAN.

Mesyuarat yang dipengerusikan beliau turut dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen dan Senator dari negara-negara ASEAN, menjadikan ia platform penting memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani cabaran sosial kontemporari. Hj Azli, yang juga merupakan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh agenda sosial dan kemasyarakatan ASEAN.

Exit mobile version