SelangorToday

MP SHAH ALAM YAKIN SPEAKER BUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN LUNAS PERUNDANGAN

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul telah mempertimbangkan segala peruntukan dalam perlembagaan dan membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang jelas. Kata beliau, Yang Dipertua pastinya telah meneliti dengan terperinci kedudukan enam ahli parlimen BERSATU yang tergugur keahliannya baru-baru ini. Tambah Hj Azli, kunci utama adalah Yang Dipertua memainkan peranannya untuk menentukkan kekosongan kerusi tersebut berdasarkan fakta dan lunas perundangan yang ditetapkan. Meski pun keputusan tersebut bukanlah mudah, tetapi Yang Dipertua telah menjalankan tugas atas landasan yang ditetapkan.

–fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pengerusi Biro Pendidikan AMANAH Nasional itu turut menambah, peranan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukanlah semata-mata untuk mengumumkan kekosongan kerusi tersebut seperti yang didesak oleh pembangkang, sebaliknya Yang Dipertua mempunyai kuasa untuk menilai sama ada berlaku kekosongan kerusi tersebut atau sebaliknya berdasarkan Akta Anti-Lompat Parti yang diluluskan semasa PN memerintah. Beliau sedar bahawa Yang Dipertua telah bersedia kesan dan keadaan yang akan berlaku kelak atas keputusan tersebut walaupun didesak pembangkang sebelum keputusan dikeluarkan lagi.

Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yassin bahawa tidak berlaku  kekosongan bagi keenam-enam kerusi tersebut. Keputusan tersebut mendapat kritikan PN termasuk NGO Bersih yang mendakwa Johari Abdul tekhilaf dan melanggar Akta Anti-Lompat Parti. Selain enam ahli parlimen terlibat, seorang Ahli Dewan Negeri(ADN) dari Selangor juga iaitu Abdul Rashid Asari mewakili Selat Klang juga dikekalkan sebagai ADN setelah dimaklumkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San. – SelangorToday

Exit mobile version