SelangorToday

MULUT PAS TELAH DIPENUHI RINGGIT MALAYSIA – SANY

Pengarah Mobilasi AMANAH Nasional, Yang Berhormat Sany Hamzan menempelak sikap PAS yang hanya berdiam diri apabila beberapa kemusykilan muncul dalam kes yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Kata beliau, kita(pembangkang) tidak menyalahkan Tan Sri Azam Baki semata-mata tetapi mahu Ketua Pesuruhjaya SPRM itu disiasat melibatkan dakwaan sesetengah pihak agar segela kekeliruaan di rungkai. Malangnya, PAS yang mendakwa mereka memperjuangkan agama Islam dalam negara ini hanya berdiam diri apabil kes Tan Sri Azam Baki muncul. Adakah mulut PAS sudah dipenuhi dengan Ringgit Malaysia sehingga tidak mampu berkata-kata seperti 20 tahun yang lalu sebagai pembangkang?

Sany Hamzan ketika berceramah di Pandan Dalam

Dalam masa yang sama, UMNO dan PAS hanya memainkan permainan kaum dan agamanya untuk mendapatkan keuntungan politik semata-mata. Sedangkan orang-orang melayi diperbodohkan oleh UMNO dan PAS. Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Taman Templer itu membuktikannya dengan menyatakan bahawa segala dakwaan UMNO dan PAS ketika PH memerintah adalah palsu. Bagaiamana Islam akan terancam dibawah PH? bagaimana sekolah agama Islam akan ditutup dibawah PH? Bagaimana Cina DAP akan memerintah Malaysia, sedangkan kita mempunyai perlembagaan yang menjadi undang-undang utama negara.

Beliau yang ketika itu sedang berceramah di Jelajah Harapan Rakyat itu memberi contoh di Selangor, PH sudah memerintah selama tiga penggal melalui Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Namun, dalam tempoh itu, Islam bertambah diperkasakan, malah institusi Islam kekal wujud sehingga hari ini. Jelaslah bahawa disini isu kaum dan agama hanyalah mainan UMNO dan PAS semata-mata.

Exit mobile version