SelangorToday

Naik Taraf Fasiliti Kesihatan di Sabah Capai 70% Siap – Dr.Dzulkefly

PUTRAJAYA – Usaha menaik taraf klinik daif di Sabah kini menunjukkan perkembangan ketara apabila lebih 70 peratus kerja-kerja penambahbaikan telah disiapkan, manakala baki sekitar 30 peratus sedang giat dilaksanakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata proses menaik taraf fasiliti kesihatan itu bukanlah inisiatif baharu kerana ia telah bermula sejak tahun 2018 melalui perancangan berfasa.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 154 klinik berjaya dinaik taraf dengan jumlah peruntukan keseluruhan mencecah RM76.28 juta.

“Usaha menaik taraf klinik daif bukan bermula baru-baru ini, sebaliknya telah dilaksanakan sejak 2018 dan diteruskan secara berfasa sehingga kini,” katanya selepas menyempurnakan Program Jelajah Wira Madani sempena sambutan Jubli Perak, ulang tahun ke-25 Hospital Putrajaya di sini.

Exit mobile version