Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik bakal menganjurkan program khusus untuk peniaga kecil pada tahun ini. Ahli Dewan Negerinya berkata ia bertujuan bagi merancakkan semula ekonomi golongan tersebut selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Selain membantu peniaga kecil, kita juga merancang mengadakan program untuk anak-anak dalam aspek pendidikan. Tiada jumlah peruntukan ditetapkan kerana ia diberikan mengikut keperluan mereka,” kata Najwan Halimi pada majlis rumah terbuka DUN Kota Anggerik di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini
Mengulas mengenai bantuan pada Ramadan lalu, Najwan memaklumkan separuh daripada surau dan masjid di kawasan itu menerima sumbangan.
“Kita menumpukan rumah ibadat kerana memudahkan mereka mengenal pasti asnaf fakir di kawasan kejiranan yang memerlukan bantuan. Bagaimanapun, rata-rata surau dan masjid lain juga turut menerima bantuan sebelum Ramadan,” katanya.