SelangorToday

NAJWAN,ABBAS DAN PENGURUSAN MSNS TINJAU PERSIAPAN SUKMA DI SARAWAK

Exco Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi serta Abbas Salimmi Dato Adzmi turun meninjau persiapan Sukan Malaysia(SUKMA) 2024 yang bakal diadakan di Sarawak Ogos ini. Kedua-dua pimpinan utama Majlis Sukan Negeri Selangor itu diiringi pasukan pengurusan Majlis Sukan Negeri Selangor.

Delegasi tersebut mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Sarawak di Petra Jaya beberapa hari yang lalu.

Dalam sesi kunjungan tersebut MSNS memaklumkan bahwa Najwan turut membincangkan penyelarasan hal ehwal pengurusan kontinjen Selangor sepanjang temasya berlangsung kelak. Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Watson Chunggar Leonard Doo yang menyambut delegasi dari Selangor itu memandangkan Yayasan Sarawak dijadikan bapa angkat kepada kontinjen Selangor sempena SUKMA 2024.

Selain Najwan selaku Exco dan Abbas selaku Timbalan Pengerusi 2 Majlis Sukan Negeri Selangor, delegasi berkenaan turut disertai  Pengarah Eksekutif MSN Selangor Mohamad Nizam Marjugi dan para pegawai MSN negeri lain.

Delegasi Selangor juga dibawa melawat ke beberapa lokasi pertandingan dan penginapan atlet di sekitar Sarawak sepanjang SUKMA yang dijadual berlangsung mulai Julai depan.

Kejohanan SUKMA ke-21 dijadual bermula 17 hingga 24 Ogos dengan Sarawak menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwi tahunan negara tersebut.

Exit mobile version