Calon HARAPAN N13 DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman berjaya mengekang kemaraan gelombang hijau menular ke Johor apabila beliau berjaya mempertahankan kemenangan kerusi tersebut dengan majoriti 3,514 undi. Beliau meninggalkan jauh pesaingnya dari Perikatan Nasional, Dr. Mohd Mazri Yahya(10,330 undi) dan Bebas, S.Jeganathan(311 undi).
Kemenangan calon HARAPAN ini sekaligus menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa gelombang hijau benar-benar wujud yang menjadi simbolik penolakan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Malah PN yang membentangkan manifestonya untuk DUN Simpang Jeram tidak mampu menawan hati pengundi disana akibat permainan sentimen kaum dan agama yang dimainkan oleh pimpinan utama PN.
Terbukti, kemenangan Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri itu hasil kesepaduan dan kerjasama jentera HARAPAN dan BN yang banyak membentuk keyakinan rakyat untuk memilih HARAPAN. Toleransi antara pimpinan utama AMANAH, KEADILAN, DAP, UMNO dan MCA benar-benar menenggelamkan permainan politik PN. Nazri dijangka mengangkat sumpah sebagai ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor minggu hadapan. – Selangor Today