Negara-negara anggota ASEAN yang menjadi pembekal makanan memberikan komitmen untuk mengutamakan pengeksportan bahan makanan mereka jika rakan-rakan dalam ASEAN mengalami kekurangan bekalan makanan, Mohamad bin Sabu. Kenyataan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika mengiringi para menteri pertanian dan perhutanan Negara ASEAN ke Taman Botani Negara Shah Alam hari ini. Beliau yang menjadi tuan rumah berkata komitmen tersebut merupakan keputusan yang berjaya dicapai dalam Mesyuarat Menter-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan(AMAF) kali ke-45.
Menambah selanjutnya, Mohamad yang juga Presiden AMANAH berkata, rakan sejawatnya dari Thailand telah menyatakan komitmen negara itu kepada Malaysia untuk membekalkan beras dan ayam lebih cepat sekiranya perlu dan mengikut keupayaan negara jiran. Berbanding Brazil yang memerlukan masa yang lama, kerjasama dengan Thailand akan lebih cepat dalam tempoh kurang seminggu sahaja. Jelas beliau lagi, mereka memberikan keutamaan kepada negara ASEAN termasuklah dari Vietnam.
Mesyuarat yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur itu bertemakan ‘Growing Together: Advancing Asean Agriculture And Foresty For Sustainable Development’ turut disertai delegasi dari Jepun, Republik Korea sebagai ahli ASEAN Campur 3 serta Timor-Leste sebagai negara pemerhati ASEAN. Tekad Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi HARAPAN dalam mesyuarat kali ini untuk menjadikan Malaysia melalui sektor pertanian, perhutanan dan agromakanannya lebih mampan dan berdaya saing. – SelangorToday