SelangorToday

NEGARA LUAR BERJAYA URUSKAN INFLASI DAN PANDEMIK, MALAYSIA GAGAL – RAWIYIAH

Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Selangor, Rawiyiah Zakaria menempelak Kerajaan Keluarga Malaysia yang gagal memimpin Malaysia mengekang kenaikan kos sara diri rakyat. Ketika ditemu bual oleh Wartawan Selangor Today, Rawiyiah menyatakan bahawa negara luar juga turut mengalami masalah kenaikan harga barang keperluan sama seperti Malaysia, namun atas sikap keprihatinan dan kecekapan pimpinan negara luar, masalah itu dapat diatasi. Namun, di Malaysia, kerajaan sentiasa menyalahkan keadaan yang berlaku dan mengharapkan rakyat menerimanya tanpa sebarang keluhan. Soal makan dan minum rakyat harus menjadi keutamaan pemimpin negara, jika hanya pandai berpeluk tubuh dan menyalahkan keadaan sekeliling, bererti pemimpin Malaysia hari ini dikalangan orang yang gagal.

Rawiyiah Zakaria ketika menjawab soalan yang dibangkitkan perwakilan

Temubual Selangor Today bersama Rawiyiah yang juga salah seorang Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kajang itu sempena dengan Konvensyen Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Selangor yang diadakan pada Sabu bertempat di Bangi. Konvensyen yang diadakan seharian itu dirasmikan oleh Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional, Aiman Athirah Al Jundi. Turut bersama Ketua AMANAH Kawasan Bangi yang juga ADN Sungai Ramal, Mazwan Johar. Menambah ketika ditemubual, Rawiyiah melihat soal minyak masak yang pastinya menjadi barang keperluan rakyat Malaysia juga menjadi contoh kegagalan kerajaan Malaysia. sedangkan di negara luar seperti Indonesia telah mengambil tindakan berani menyekat kegiatan eskport minyak keluar negara bagi memastikan bekalan dalam negara mencukupi.

Rawiyiah menyampaikan cenderahati kepada ADN Sungai Ramal
Perwakilan teramai sejak AWAN Selangor ditubuhkan

Mengakhiri temubual tersebut, Rawiyiah mengharapkan golongan wanita yang menjadi golongan utama terkesan akibat inflasi dan pandemik perlu bangkit bersuara menyatakan kekecewaan anda kepada kerajaan. Dengan usaha tersebut, kerajaan akan kembali memikirkan solusi yang benar-benar mampu meringankan beban rakyat. Rawiyah mahu rakyat bersuara meskipun lelah dan malas melayan keadaan politik negara, namun tindakan malas dan lelah memerhati politik negara sebenarnya mendorong pemimpin negara melakukan tugas dengan culas.

Exit mobile version