SelangorToday

NG SUEE LIM DAN ABBAS BIDAS KETUA PEMBANGKANG DEWAN NEGERI SELANGOR

Dewan Negeri Selangor – Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim membidas sikap Ketua Pembangkang  Dewan Negeri Selangor, Azmin Ali yang cuba mencari populariti dengan mendakwa kerajaan tidak peka kepada rakyat yang susah apabila menarik balik skim pengecualian cukai kepada kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan dan kampung nelayan. Jelas Ng, kerajaan sentiasa komited untuk menjaga keperluan dan kesejahteraan rakyat Selangor. Namun skim pengecualian yang dijalankan sejak zaman Azmin menjadi Menteri Besar itu perlu dinilai semula memadangkan ia inisiatif bersifat pukul rata kepada semua pihak termasuk yang berpendapatan tinggi.

Kata Ng lagi, kerajaan tidak mahu memberikan bantuan semata-mata mencari populariti sedangkan pihak yang merima bantuan mempunyai pendapatan yang tinggi. Maka kerajaan akan memberikan pengecualian kepada mereka yang layak melalui permohonan daripada mereka yang layak. Sebelum itu Azmin yang juga ADN Hulu Kelang bangkit di Dewan Negeri Selangor menjelaskan bahawa bebanan yang ditanggungoleh kerajaan negeri akibat skim pengecualian ini amatlah kecil berbanding rezab negeri yang ada. Tidak wajar kerajaan negeri menarik balik skim tersebut yang pastinya menjejaskan pendapatan penduduk kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan dan kampung nelayan, dakwa beliau.

Turut bangkit menyokong tindakan kerajaan negeri, ADN Seri Seri Serdang, Abbas Adzmi berkata kutipan cukai yang dikenakan kepada mereka yang patut dikenakan cukai mampu menambah pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan. Penambahan pendapatan kepada PBT tersebut pastinya akan meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT dalam menyantuni keperluan penduduk. – SelangorToday

Exit mobile version