Permata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Omar dikhabarkan bersedia menyertai Gerakan ‘Save Kelantan’ bersama-sama Datuk Husam Musa. Pelbagai kecurangan yang berlaku di negeri serambi mekah itu membolehkan kedua-dua permata gilapan Tuan Guru Nik Aziz itu memimpin kebangkitan rakyat Kelantan untuk memulihkan keadaan. Berdasarkan paparan di laman sosial Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Hisyamuddin Ghazali, Ustaz Nik Omar bersedia bekerjasama dengan Datuk Husam Musa untuk mengembalikan Negeri Kelantan seperti pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz dahulu.
Berkaitan Gerakan ‘Save Kelantan’ pula, Ketua AMANAH Kota Bharu, Datuk Husam Musa menyatakan usaha menyelamatkan Kelantan bersama rakyatnya yang dilanda kemelut terbuka dan tersembunyi perlu digerakkan bersama. Maka platform ‘Save Kelantan’ adalah platform bersama merentasi politik kepartian dengan matlamat membangkitkan kesedaran Rakyat Kelantan terhadap tadbir urus Kerajaan Kelantan sedia ada.
Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan itu menambah langkah pertama antaranya ialah Membenteras Tebang Habis Balak Dalam Hutan Simpan Kekal demi menyelamatkan aset Rakyat dan memelihara kelestarian Bumi Kelantan. Langkah ini akan diikuti oleh inisiatif-inisiatif lain Save Kelantan dalam isu-isu seperti AKSB dan bekalan air bersih, perumahan, perlombongan, royalti petroleum, peluang kerja anak muda, kebersihan dan masalah sosial yang lain – ke Arah Kelantan Maju Jaya.
Datuk Husam yakin akan keprihatinan Anak Kelantan dan masyarakat awam terhadap tugas mencabar membetulkan amalan buruk, kelesuan pemerentahan dan nasib Negeri Kelantan di masa depan. Selain sumbangan dana, semua dialukan memberikan buah fikiran dan berganding bahu bersama menjayakan Save Kelantan.
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui :
SV KELANTAN GLOBAL
Akaun Maybank
553010665478.