SelangorToday

NILAI IHSAN DITERJEMAH MELALUI INISIATIF PAYUNG RAHMAH – MP SHAH ALAM

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof menyatakan bahawa nilai Ihsan yang ada dalam Konsep Malaysia MADANI itu terdapat dalam Inisiatif Payung Rahmah. Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk meringankan beban masyarakat yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup. Tambah Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu, kata rahmah itu bermaksud kasih sayang, kasihan belas dan kelembutan yang disebut didalam Al-Quran lebih 200 kali. Maka Hj Azli menegah dikalangan ahli Dewan Rakyat yang cuba merendah-rendahkan konsep rahmah ini.

Hj Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam

Tegas Hj Azli jangan ada dikalangan ahli parlimen yang menjadi pendusta agama dengan memberikan nilai sangka buruk atas inisiatif kerajaan yang berjaya membantu golongan berpendapatan rendah. Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar mendakwa bahawa Menu Rahmah yang menjadi kejayaan utama kerajaan Malaysia MADANI hari ini disediakan melalui kualiti makanan yang rendah. Namun, dakwaan itu dijawab oleh pelbagai pihak termasuk pegawai KPDN, pengusaha Menu Rahmah itu sendiri serta Pakar kesihatan. Pertikaian itu terus berbangkit apabila ahli parlimen Kapar menjelaskan yang beliau tidak berkata demikian di dalam Dewan Rakyat sedangkan di dalam ‘handsard’ ketika hari kejadian jelas ayat tersebut seperti yang didakwa.

Selain itu, Hj Azli yang membahaskan usul menjunjung kasih Titah Yang Dipertuan Agong menyeru agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyediakan hala tuju dan dasar baharu yang lebih seiring dengan keadaan semasa. Beliau juga bersependapat dengan Ahli Parlimen Paya Besar dan Simpang Renggam yang mahupakan skim perlindungan keselamatan pekerjaan dan skim saraan dilaksanakan kepada pekerja Gig Ekonomi yang terdiri daripada golongan muda. – Selangor Today

Exit mobile version