SelangorToday

NIZAR MAKLUM TERMINAL LAPANGAN TERBANG SULTAN  AZLAN SHAH AKAN DINAIK TARAF

SERI ISKANDAR, 28 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media selepas taklimat tapak cadangan pembinaan Terminal Kargo Udara Seri Iskandar di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Galian Perak Tengah hari ini. Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 1,618 hektar sebagai tapak pembinaan lapangan terbang baharu di Seri Iskandar berdekatan Felcra Nasaruddin bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini akan dinaik taraf menjadi lebih moden sebagai persediaan menerima penambahan penerbangan sempena Tahun Melawat Perak tahun hadapan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, permohonan kebenaran bagi pengubahsuaian itu telah dikemukakan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) antaranya melibatkan kemudahan pengisian bahan api pesawat, penyediaan alternatif makanan dan minuman (F&B) dalam penerbangan serta jejambat pesawat.

Menurutnya, semua kemudahan berkenaan tidak tersedia di LTSAS sejak sekian lama menyebabkan syarikat penerbangan berdepan kekangan dalam mendapatkan perkhidmatan berkualiti dan terbaik di lapangan terbang tersebut.

“Kerajaan negeri sudah pun diberikan taklimat oleh kontraktor yang berminat untuk melaksanakan projek ini di bawah skim Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan kos dianggarkan RM100 juta.

“Jika perbincangan dengan MAHB dapat diselesaikan sebelum akhir bulan ini, maka mereka (kontraktor) beri keyakinan jika tidak dapat disiapkan dalam tempoh akhir tahun ini pun, mereka akan cuba sekurang-kurangnya mendapatkan pertambahan penerbangan berlipat kali ganda daripada sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Mini Karnival Madani dan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat Mukim Hulu Kinta di Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta, Lahat dekat sini pada Selasa.

Exit mobile version