SelangorToday

OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI SELANGOR HAMPIR SELESAI

Sebanyak 47,006.95 tan metrik sampah pukal dibersihkan setakat 5 Januari 2022 yang lalu. Sampah yang dibersihkan merupakan sampah pukal yang dikumpulkan selepas banjir melanda hampir keseluruhan Negeri Selangor tahun lalu. Berdasarkan laman sosial Menteri Besar Selangor, kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah selesai membuat pembersihan kecuali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Klang.

Manakala pada 6 Januari 2022, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mencapai 100% pembersihan. Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya telah mencatatkan 99% bagi status operasi pembersihan manakala Majlis Perbandaran Klang mencatatkan 98%. Jangkaan Menteri Besar Selangor, operasi pembersihan akan selesai minggu seterusnya.

Dalam pengumuman pasaca banjir disember lalu, Yang Amat Berhormat Dato Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan 20 Juta Ringgit Malaysia sebagai perbelanjaan kos operasi pembersihan dan pemulihan pasca banjir.

Exit mobile version