SelangorToday

PANEL SOLAR DIBANGUNAN PENTADBIRAN, SELANGOR KOMITED TANGANI PERUBAHAN IKLIM

Kerajaan Negeri Selangor komited dalam menangani kesan perubahan iklim yang sedang berlaku, kata Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaludin. Jelas Jamaliah, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk aspek sumber tenaga boleh diperbaharui melalui pemasangan panel solar di bangunan pentadbiran. Memetik penjelasan beliau melalui laman sosial beliau, Jamaliah berkata selain bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK), tiga Pejabat Daerah dan Tanah(PDT) telah selesai proses pemasangan. Enam PDT lagi akan bermula akhir bulan ini.

Jamaliah yang juga wakil rakyat kawasan Bandar Utama menambah, proses konsultansi dan perbincangan Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri(UPEN) dengan Tenaga Nasional Berhad(TNB) serta GSPARX Sdn Bhd. Pemeteraian perjanjian Tripartite telah dimuktamadkan dimana perjanjian ini menandakan satu pencapaian penting dalam mempraktikkan amalan hijau dan membawa kerajaan negeri melangkah setapak lagi ke arah merealisasikan agenda rendah karbon.

Tegas Jamaliah, pemasangan panel solar juga telah mula dilasanakan di peringkat pihak berkuasa tempatan melibatkan bangunan dan kemudahan termasuk dewan, pasar serta taman awam. Kini kerajaan negeri menyeru semua pihak terutamanya jabatan dan agensi untuk meneroka dan melaksanakan inisiatif pemasangan panel solar di bawah program yang ditawarkan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestasi(SEDA) seperti Program Net Energy Metering(NEM) yang bersesuaian. – SelangorToday

Exit mobile version