SelangorToday

PAPPARAIDU HARAP PROGRAM PEMERKASAAN BASMI KEMISKINAN DALAM BELANJAWAN SELANGOR 2024

Exco Sumber Manusia dan Pebasmian Kemiskinan Selangor, P.Papparaidu Veraman berharap program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor turut ditambah baik dalam Belanjawan Selangor 2024. Beliau ketika mengulas harapan kepada belanjawan Selangor yang bakal dibentangkan November ini menjelaskan pemerkasaan program pemberdayaan pekerja dan pembasmian kemiskinan diharap menjadi antara agenda utama dalam Belanjawan 2024.

Tambah papparaidu lagi, pemerkasaan program tersebut dapat memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat. Kata beliau lagi, program pemberian peralatan kepada peniaga wajar diteruskan dan ditambah baik bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu, program Bantuan Peralatan Usahawan India (I-SEED)untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang perniagaan diharapkan dapat diperluas bagi memberdaya golongan sasar ini.

Beliau yang juga ADN Banting itu menambah pihaknya sedang giat mengumpulkan data penduduk miskin tegar di seluruh negeri bagi menambahbaik program pembasmian kemiskinan. Kerjasama  dengan semua pihak termasuk Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) ke arah meningkatkan kualiti hidup mereka sedang dipergiatkan. – SelangorToday

Exit mobile version