SelangorToday

PARLIMEN | 7 JUTA SEHARI PERLU DIBAYAR RAKYAT MALAYSIA AKIBAT HUTANG 1MDB

Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Hj Khalid Abd Samad menempelak sesetengah pihak yang berani menyeleweng fakta di Dewan Rakyat dengan menyatakan bahawa tiada satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Tegas beliau, ini merupakan pembohongan yang jelas dan nyata di Dewan Rakyat ini. Beliau memaklumkan tempoh hutang Bon sebanyak 30 billion belum lagi matang, buat masa ini kerajaan perlu membayar bunga keatas pinjaman tersebut sebanyak 2.7 billion setahun bersamaan 7 juta sehari.

Pengarah Komunikasi AMANAH itu menyatakan tidakkah ahli dewan berfikir bahawa 7 Juta sehari yang perlu dibayar menggunakan duit rakyat itu boleh digunakan untuk banyak program pembangunan yang bermanfaat. Namun ia telah dicuri oleh pemimpin yang mahu bersenang-lenang menggunakan duit rakyat. Beliau menjawab teguran netizen yang mahu isu pekerjaan dan kebajikan lebih banyak dibicarakan berbanding isu rasuah. Sedangkang kata Mantan Menteri Wilayah itu, jika duit telah habis dirompak oleh pemimpin korupsi, bagaimana mahu diwujudkan peluang pekerjaan dan melaksanakan program kebajikan.

Tambah beliau, apabila tempoh hutang Bon telah matang, kerajaan perlu membayar hutang tersebut. Khalid mengandaikan pemimpin korupsi yang ingin kembali memerintah akan membuat hutang baru untuk membayar hutang yang lama. Dakwa Khalid, pemimpin tersebut tidak kisah jika hutang negara bertambah sedang mereka dan keluarga serta kenalan sedang kaya-raya merompak duit rakyat.

Exit mobile version