SelangorToday

PARLIMEN | APAKAH GURU FAHAM TENTANG DASAR SEKOLAH SEJAHTERA?

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (UNISEL) Datuk Dr. Hasan Bahrom mempersoalkan kelancaran Dasar Sekolah Sejahtera yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr. Hasan yang juga Ahli Parlimen Tampin bertanya kepada Menteri Kanan Pendidikan adakah guru-guru memahami dan menghayati Dasar Sekolah Sejahtera ini sedangkan pelaksanaannya lebih kepada menampal apa yang kurang sehingga guru mungkin gagal menghayatinya seterusnya gagal untuk menterjemahkan di sekolah.

Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH itu menambah, tahun-tahun sebelum ini, setiap Menteri Pendidikan melaksanakan dasar baru sebagai tinggalan mereka ataupun ingatan mereka kepada pendidikan, namun ia tidak mempunyai kesinambungan dan ada yang telah merencatkan proses pendidikan itu. Adakah Dasar Sekolah Sejahtera ini juga mahu dijadikan tinggalan Menteri Kanan Pendidikan dalam sistem namun tidak memberi impak pun kepada murid-murid.

Beliau mencelah ketika Menteri Kanan Pendidikan menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih sempena Istiadad Pembukaan Sidang Parlimen untuk tahun ini. Selain itu, Dr. Hasan mempersoalkan mengapa murid terpaksa membawa banyak buku sehingga memberatkan beg mereka sedangkan KPM telah menyatakan bahawa buku teks digital telah digunakan untuk sesi pembelajaran.

Exit mobile version