Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu menegaskan bhawa meskipun Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti dikuatkuasakan namun asas yang paling penting adalah moral ahli politik itu sendiri. beliau berkata demikian ketika berbahas Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti di Parlimen pada Rabu. Tambah Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan itu, beliau sendiri telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Air Pulau Pinang apabila PAS ketika itu bersama Pakatan Rakyat mengumumkan perpisahannya bersama DAP. Tanpa melengah-lengahkan waktu, Hj Mohamad terus mengumumkan perletakkan jawatannya kerana soal moral apabila beliau dilantik atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden PAS rakan komponen DAP.
Mengimbas kejadian lalu, Hj Mohamad mengingatkan kaum lain seperti cina akan bertindak menghukum pemimpin politik mereka jika pemimpin mereka melanggar undang-undang dan etika. Beliau memberi contoh, adanya skandal Koperasi Bersatu melibatkan pemimpin MCA, maka orang cina menghukum dengan menolak kepimpinan MCA pada PRU tersebut. Begitu juga dengan MIC, terdedahnya skandal melibatkan pemimpin MIC, orang India sepakat menolak mereka dalam PRU. Namun sebaliknya hari ini, meski didedahkan pelbagai skandal kewangan dan seks, tetapi orang melayu masih menobatkan pemimpin korup itu sebagai pemimpin.
Sekali lagi Hj Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan Malaysia bahawa jika atas semangat perkauman semata-mata kita pertahankan pemimpin korupsi, maka Malaysia juga akan menjadi seperti Sri Lanka kelak. Meski di dalam PAS dahulu, beliau diajar untuk meninggalkan sebarang bentuk dakyah perkauman, tetapi kini PAS pula yang melaung-laungkan melayu Islam. – Selangor Today