SelangorToday

PARLIMEN | BEKAS TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TEMPELAK TUMPUAN MENTERI PENDIDIKAN

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menempelak Menteri Kanan Pendidikan yang gagal melihat isu yang perlu menjadi keutamaan dalam pendidikan sekarang. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata semasa membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen tahun ini, KPM telah menghalang kanak-kanak untuk bersekolah apabila dasar sifar penolakan yang dilaksanakan semasa PH memerintah dahulu dibekukan. Semasa PH memerintah KPM mengarahkan sekolah menerima sesiapa sahaja untuk menyertai persekolahn meski tiada dokumen. Namun kini, dasar itu terbantut. Tambah beliau, data daripada NGO pendidikan memaklumkan, ada hampir 300,000 orang kana-kanak yang tidak bersekolah kerana tiada dokumen.

Beliau bertanya apakah pendirian KPM berkaitan dasar yang PH laksanakan dahulu. Tegas beliau dasar yang baik perlu diteruskan, ini kerana ia akan menyusahkan rakyat khususnya kanak-kanak untuk bersekolah. Teo menyatakan Menteri Pendidikan bertaraf Menteri Kanan tetapi tidak mengambil berat akan nasib kanak-kanak yang tidak bersekolah. Langkah KPM kini lebih merumitkan keadaan berbanding PH yang memudahkan kemasukan murid ke sekolah. Lebih malang lagi, selepas langlah sheraton, banyak aduan yang beliau terima tentang perlunya kanak-kanak ini mengemukan pasport untuk bersekolah, sedang kanak-kanak ini adalah kanak-kanak tanpa kerakyatan, bagaimana nak kemuka pasport?

Kata teo, Menteri Kanan Pendidikan tidak memahami masalah asas dibawah sebab itu banyak protokol yang merumitkan kanak-kanak masuk ke sekolah. Jika bukan KPM yang membela kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah ini, siapa lagi akan membela? tanya beliau. Akhirnya, beliau mempersoalkan langkah KPM yang hanya memfokuskan kepada isu teknikal berbanding kemenjadian murid sebagai agenda utama.

Exit mobile version