SelangorToday

PARLIMEN | HANIPA MAIDIN AKAN TETAP MENENTANG SOSMA MESKI NAJIB YANG DITAHAN

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mengandaikan jika Najib Razak yang ditahan dibawah undang-undang SOSMA ini, beliau akan tetap menentang SOSMA. Umum mengetahui bahawa Najib Razak merupakan seteru PH dalam politik, namun Hanipa mengatakan bahawa beliau tetap akan menentang tindakan tersebut jika turut berlaku pada bekas Perdana Menteri itu.

Tambah Peguam yang pernah banyak memenangkan pemimpin PAS dalam isu saman fitnah satu ketika dahulu itu, biarpun saya membenci Najib kerana kelakuannya yang merosakkan negara ini, namun jika beliau ditahan dibawa undang-undang zalim ini ia wajib ditentang.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) itu memetik maksud Surah Al-Maidah, dengan menyatakan Allah menegaskan, walaupun seteruk manapun kebencian kita kepada seseorang, namun kita tetap dilarang untuk melakukan ketidakadilan kepada yang dibenci itu. Maka bererti menentang undang-undang zalim ini adalah tuntutan Agama Islam.

Akhirnya semasa menggulung perbahasan usul lanjutan penguatkuasaan SOSMA bagi tempoh 5 tahun lagi itu, Hanipa menegaskan meski beliau dan PH menentang usul ini, namun bukan bererti mereka menyokong keganasan. Namun ada kaedah yang lebih berkesan tanpa melakukan kezaliman untuk mengelakkan berlakunya keganasan dinegara ini.

Exit mobile version