SelangorToday

PARLIMEN | HASANUDDIN TUNTUT PENDIRIAN MENTERI WANITA BERKAITAN LARANGAN BERTUDUNG SEMASA BEKERJA

Semasa membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja sempena pembukaan Sidang Parlimen bagi tahun ini, Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin memohon pendirian menteri dan timbalan menteri berkaitan wanita berkaitan dengan larangan jururawat memakai tudung di negara luar. Setelah Singapura membenarkan jururawat mereka bertudung semasa menjalankan tugas, banyak negara lain yang masih melarang tindakan tersebut. Namun, Hasanuddin mempersoalkan mengapa sehingga hari ini menteri yang bertindak memimpin isu ini diam seribu bahasa.

Beliau yang juga Naib Presiden AMANAH itu menegaskan, pastinya dasar ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia wajar memberikan pandangan terhadap isu ini. Hasanuddin tidak mahu hanya kerana kepentingan ekonomi dan politik, kita berdiam diri dari menegur polisi ini sedang polisi ini mencabul hak asasi manusia.

Selain itu, beliau yang juga aktivis perjuangan kebebasan Palestin, mempersoalkan sikap diam diri Kementerian Luar Malaysia dalam isu Palestin sejak pandemik melanda negara. Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan Wisma Putra bisu dan kaku menegurkan kecurangan yang berlaku diperingkat antarabangsa.

Exit mobile version