Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus mempersoalkan kelembapan pihak kerajaan melantik Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kosong sejak setahun yang lalu. Tambah beliau, dalam keadaan negara ditimpa pelbagai bencana seperti Covid-19 dan banjir besar, peranan JKM menjadi keutamaa kerajaan untuk membantu rakyat. Malangnya, sehingga hari ini Ketua Pengarah sebagai peneraju utama jabatan belum dilantik.
Beliau yang juga Naib Presiden AMANAH semasa perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen tahun ini bertanya adakah kerajaan sedang berlumba-lumba untuk melantik Ketua Pengarah JKM yang cenderung kepada sesuatu pihak sehingga kelewatan ini berlaku? Beliau menambah, menteri yang bertanggungjawab mengelola JKM jangan terus bermain politik sedang JKM masih dalam terkontang-kanting.
Pengerusi Biro Kebajikan AMANAH Nasional itu mahu individu yang dilantik sebagai Ketua Pengarah JKM itu tidak terlalu junior mahupun senior. Janganlah hanya pandai bermain golf dan mengarah sahaja, tetapi tidak turun kebawah melihat situasi sebenar.